suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hantar lebih 300 permohonan, banyak syarikat senyap tanpa jawapan... Hidup ‘fresh grad’ ini berubah selepas empat bulan menanti

Ramai graduan berdepan cabaran untuk mencari pekerjaan bersesuaian dengan kelayakan. -Gambar hiasan AI

BENARLAH kata orang, penantian itu satu penyiksaan.

Begitulah situasinya melibatkan seorang graduan ini apabila dia akhirnya berjaya diterima bekerja selepas empat bulan menganggur.

Menurut individu itu, tempoh empat bulan bukanlah satu fasa mudah, apatah lagi dia terpaksa menanti penuh sabar selepas memohon lebih 300 pekerjaan.

Proses mencari kerja memerlukan kesabaran, usaha dan semangat yang tidak mudah luntur. -Gambar hiasan AI

"Empat bulan selepas tamat belajar, lebih 300 permohonan kerja dihantar, 11 kali pergi temu duga dan semuanya berakhir dengan kekecewaan.

"Ada syarikat yang langsung tak bagi maklum balas, ada yang senyap begitu saja. Ada masa rasa penat, kecewa dan tertanya-tanya dengan diri sendiri.

"Akhirnya hari ini aku dapat kerja. Mungkin nampak biasa bagi orang lain, tapi ia sangat bermakna," kongsi individu itu menerusi Threads.

  • Graduan kongsi kisahnya yang berdepan penantian panjang untuk mencari kerja.
  • Dia menghantar lebih 300 permohonan, namun banyak syarikat diam tanpa jawapan.
  • Selepas empat bulan menanti, dia akhirnya panjat rasa syukur apabila apabila diterima bekerja.
  • Perkongsian graduan itu menerima ucapan tahniah dan nasihat daripada pelayar Threads.

Mengimbas tempoh penantian selama empat bulan itu, dia mengakui sedih melihat orang lain diterima bekerja sedangkan dirinya masih terumbang-ambing tanpa jawapan.

"Pernah rasa sedih dan hilang semangat, tapi aku tetap cuba mohon kerja. Setiap kali nampak orang lain mula kerja, hati tertanya-tanya, bila giliran aku?

"Hanya Allah yang tahu betapa panjangnya perjalanan untuk sampai ke tahap ini. Aku bersyukur tak pernah putus asa walaupun keadaan sangat sukar. Alhamdulillah, akhirnya doa aku terjawab," tulis individu itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Minta gaji RM5,000 tapi soalan asas pun tak boleh jawab... Penemu duga ‘kagum’ calon Gen Z berangan tahap maksimum!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita teruja dapat panggilan ‘interview’ selepas setahun menganggur, terkejut panel temu duga minta tengok sejarah ChatGPT

Perkongsian berita gembira itu kemudiannya dihujani dengan ucapan tahniah dan kata-kata semangat daripada pelayar Threads.

"Tahniah dik. Tiada yang salah, cuma rezeki kamu belum sampai sebelum ini. Semoga maju jaya.

"Rezeki terbaik akan tiba tepat pada masanya. Tengok balik apa doa kamu? Itulah yang Allah bagi," tulis netizen.

Artikel Lain