KEJAYAAN penganjuran Konsert Sembilu The Reunion yang berlangsung pada Februari lalu menyaksikan syarikat penganjur, TJTM Entertainment, sekali lagi bakal tampil membawakan versi 2.0 dengan skala lebih besar.Mengangkat tema The Last Reunion, konsert berkenaan menghimpunkan kembali nostalgia fenomena filem Sembilu yang pernah mencipta sejarah dalam industri hiburan tanah air. Tidak hanya itu, gabungan kali ini juga menjanjikan satu gandingan penyanyi yang cukup istimewa.Awie dan Erra antara terlibat dalam konsert Sembilu Reunion pada Februari lalu. Dijadualkan berlangsung pada 16 Januari 2027, penganjur juga menyediakan lokasi yang lebih besar dan ikonik iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.Pastinya penganjuran di lokasi berkenaan memberi peluang untuk lebih ramai penonton hadir berbanding di Unifi Arena, Bukit Jalil sebelum ini.Bagaimanapun, sebagai kejutan buat peminat, penganjur memilih untuk merahsiakan barisan artis yang terlibat dalam versi 2.0 ini.ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain gagal kawal emosi di Konsert Sembilu The Reunion... “Saya kalah juga” ARTIKEL BERKAITAN: Awie dipuji sentiasa profesional, Erra Fazira disangka ‘flop’ tapi berjaya pukau penonton di Sembilu The ReunionNamun, apabila menyebut judul Sembilu, peminat pastinya mengharapkan kemunculan penyanyi Datuk Awie dan Erra Fazira kerana mereka cukup sinonim dengan filem berkenaan.Jualan tiket rasmi Sembilu 2.0 mula dibuka pada 27 November 2026 di laman sesawang iLasso Ticket.TONTON VIDEO PILIHAN!